PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman (tengah). FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman (tengah). FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Muhammad Yusri Muzamir


Georgetown: UMNO Pulau Pinang menyifatkan penangguhan cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebagai notis awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tergempar dicadangkan DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata penangguhan itu memberi peluang kepada parti untuk mempertingkatkan kesediaan bagi menghadapi PRN tergempar itu.

"Penangguhan (pembubaran DUN Pulau Pinang) ini berlaku kerana Lim Guan Eng (Ketua Menteri) baru sedar yang rakannya dalam parti komponen Pakatan Harapan tak yakin dengan cadangannya itu.

"Malah, rakan parti komponennya berkemungkinan menolak cadangan ini kerana masih tidak bersedia untuk menghadapi PRN tergempar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama, Zainal Abidin turut mempersoalkan keperluan dan tujuan Guan Eng mahu mengadakan PRN mengejut di negeri ini, walaupun beliau dikatakan menerima sokongan padu daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang untuk terus mentadbir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 3:54 PM