GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Empat topik utama akan dibincangkan ketika Persidangan Polis Asean (ASEANAPOL) ke-36 di Putrajaya bermula 25 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, topik tersebut termasuk penggubahan wang haram, kemusnahan alam sekitar, penggunaan senjata api tanpa lesen serta ekspoitasi manusia.

“Pada masa sama, kita akan memantapkan prosedur kerja bagi memudahkan penguatkuasaan undang-undang merentasi sempadan.

“Persidangan juga akan digunakan untuk mendalami inisiatif ASEAN Police Forensic Science Network,” katanya.

Noor Rashid berakata, kira-kira 300 delegasi dari 10 negara akan terbabit dalam persidangan berkenaan.

"Malaysia menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun ini.

"Delegasi Malaysia akan diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.

Menurutnya, selain negara ahli, persidangan lima hari itu turut membabitkan rakan dialog dari Australia, Russia dan beberapa negara lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 2:47 PM