JESS (belakang) bersama Marcus berlatih di di Kompleks Squash Negeri Sarawak.
JESS (belakang) bersama Marcus berlatih di di Kompleks Squash Negeri Sarawak.

Kuching: Demi maruah negeri dan harapan peminat tempatan, pasukan skuasy Sarawak menggunakan sentuhan dari negara Pakistan untuk memantapkan persediaan mereka terutama bagi acara beregu lelaki menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016.

Selain menggunakan khidmat jurulatih Pakistan, Shoaib Hassan dan Samad Abdul Basit, Sarawak juga mengambil langkah proaktif apabila membawa masuk beberapa pemain dari negara itu untuk menjadi rakan sepelatih.

Kelebihan itu bukan saja mampu mempertingkatkan lagi tahap permainan pemain Sarawak, malah wakil beregu lelaki, Marcus Sim-Jess Tay yakin mampu meraih emas di gelanggang sendiri.

Menurut Jess, kehadiran jurulatih serta pemain dari Pakistan membolehkan mereka mempelajari taktik baharu dan pada masa sama mampu meningkatkan pengalaman mereka.

“Kami sudah berlatih bersama mereka dalam tempoh dua atau tiga bulan. Mereka juga bukan calang-calang pemain kerana pernah mewakili negara mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini,” kata ketika ditemui di Pusat Skuasy Sarawak semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2016 @ 6:28 AM