Keadaan di balai ketibaan LTAPP yang dilanda banjir kilat.
Keadaan di balai ketibaan LTAPP yang dilanda banjir kilat.
Mohd Hilmi Mahmud


Bayan Lepas: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, terjejas akibat dilanda banjir kilat, hari ini.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB), Mohd Arif Jaafar berkata, beberapa kawasan di sekitar LTAPP di naiki air kira-kira 4 petang tadi.

"Kawasan balai ketibaan, longkang dan kawasan teksi mengambil penumpang turut dinaiki air.

"Namun, air mula surut selepas hujan berhenti kira-kira 6 petang tadi," katanya.

Menurutnya, keadaan lalulintas di laluan utama menuju ke kawasan menurunkan penumpang juga terjejas berikutan banjir itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 7:40 PM