Mat Ali Amat,  73, yang patah tulang punggung kanan kini dirawat di Hospital Melaka ditemani isterinya, Rokiah Jalil, 68.
Mat Ali Amat, 73, yang patah tulang punggung kanan kini dirawat di Hospital Melaka ditemani isterinya, Rokiah Jalil, 68.
Keadaan Mat Ali, 73, yang terbaring selepas terjatuh dari pokok petai ketika ditemui tengah malam tadi. - Foto RASUL AZLI SAMAD
Keadaan Mat Ali, 73, yang terbaring selepas terjatuh dari pokok petai ketika ditemui tengah malam tadi. - Foto RASUL AZLI SAMAD
Nur Ain Musdad


Melaka: Warga emas 73 tahun yang disangka hilang ditemui 12.30 tengah malam tadi, dalam keadaan tertiarap dan lemah akibat patah tulang punggung kanan selepas terjatuh dari pokok petai setinggi sembilan meter yang dipanjatnya di Kampung Baru 2, Alor Gajah.

Mat Ali Amat, keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Nangka, Gadek pada 2 petang kelmarin, untuk mencari petai dan disangka hilang kerana tidak pulang selepas jam 5 petang.

Isterinya, Rokiah Jalil, 68, yang bimbangkan keselamatan suaminya, ditemani anak membuat laporan di Balai Polis Gadek sebelum gerakan mengesan warga emas itu dilancarkan.

“Suami bernasib baik kerana dua penduduk yang turut serta dalam gerakan mencari terdengar suaranya meminta tolong sebelum mengesan lokasinya di bawah pokok petai.

“Suami kini keadaan stabil," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, hari ini.

Rohani berkata, suaminya kerap keluar mencari petai berkenaan untuk menambah pendapatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 6:23 PM