TINJAUAN harga ayam di sekitar pasar Kuala Lumpur.
TINJAUAN harga ayam di sekitar pasar Kuala Lumpur.
Siti Farahiyah Aziz


Kuala Lumpur: Membebankan! Itu keluhan masyarakat terhadap kenaikan harga ayam pada musim perayaan ini.

Tinjauan Harian Metro di pasar sekitar ibu negara mendapati harga ayam di pasaran kini meningkat naik sehingga RM20 seekor.

Suri rumah Fadhilah Yusof, 42, mengakui sanggup datang dari Ampang ke Pasar Basah Chow Kit untuk mendapatkan barangan keperluan dapur yang murah.

“Namun, selepas sampai sini, sangkaan saya meleset apabila harga ayam paling murah RM8.50 sekilogram (kg).

“Susah kalau tiada ayam kerana menjadi pilihan utama anak berbanding ikan atau daging,” katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 8:41 AM