MARTABATKAN pakaian tradisional dengan potongan asli untuk digayakan sepanjang musim raya.
MARTABATKAN pakaian tradisional dengan potongan asli untuk digayakan sepanjang musim raya.
MARTABATKAN pakaian tradisional dengan potongan asli untuk digayakan sepanjang musim raya.
MARTABATKAN pakaian tradisional dengan potongan asli untuk digayakan sepanjang musim raya.
Shuhada Mansor


Cetusan idea pereka muda yang memberi nafas baru kepada pakaian tradisional patut dipuji. Tidak dinafikan, gabungan elemen moden dan tradisional menjadikan karya mereka menepati cita rasa anak muda. Namun, bagaimana sekiranya tampil berbeza dengan menggayakan baju potongan asli?

Jubah, kurung moden, kurta antara yang menjadi bualan dan pilihan. Jarang sekali kita lihat anak muda sekarang menggayakan baju Melayu cekak musang atau kebarung ketika lebaran.

CITA RASA MODEN

Butik atas talian atau di laman sosial menawarkan pelbagai pilihan pakaian namun kebanyakannya baju tradisional yang sudah dimodenkan. Kenapa tidak menjual baju potongan asli?

Mungkin permintaan tinggi selain cita rasa Gen Y semakin moden baju kurung moden yang potongannya mengikut bentuk badan menjadi kegilaan. Semakin pupus baju kurung Kedah, kurung Johor, kurung Pahang dan kebaya Nyonya.

KEMBALIKAN NOSTALGIA

Ada berpendapat, sesekali bergaya ‘back to basic’ pasti mengembalikan nostalgia.

Mungkin masih ramai jejaka memakai baju Melayu teluk belanga pada pagi raya namun bagi si gadis, apa kata cuba sarungkan pakaian asli? Pasti anda akan mendapat pujian kerana tampil berbeza.

Banyak pilihan pakaian tradisional boleh digayakan. Jika sukakan mengikut potongan badan, sarung kebaya namun bagi yang sukakan lebih longgar, kurung Kedah dan batik pilihan sesuai.

Deretan warna boleh dipilih sama ada pastel, warna terang, bercorak dan sebagainya. Tidak semestinya memakai pakaian tradisional membuatkan anda terlihat ‘bosan’. Kombinasi aksesori jadi penyeri melengkap gaya.

Oleh itu, Gen Y cabar anda untuk kekalkan tradisi dengan memilih baju tradisional sebagai pakaian ketika musim raya ini. Siapa lagi untuk martabatkan tradisi jika bukan generasi kita?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 5:04 AM