Rosnani bersama kucingnya yang dibawa dari Semenyih ke  Kampung Kweng Hitam, Machang menggunakan kereta. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Rosnani bersama kucingnya yang dibawa dari Semenyih ke Kampung Kweng Hitam, Machang menggunakan kereta. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Seorang wanita rela membawa 51 kucing peliharaannya dengan menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk pulang beraya di Kampung Kweng Hitam, di sini.

Rosnani Sulaiman, 47, yang tinggal di Semenyih, Selangor berkata, dia bersama ‘anak bulus’nya menempuh perjalanan selama 10 jam Sabtu lalu.

Katanya, setiap tahun dia akan pulang beraya bersama kucingnya kerana tidak mahu meninggalkannya di rumah atau dijaga orang lain berikutan tidak boleh berjauhan.

"Sepanjang perjalanan semua kucing memberi kerjasama yang baik apabila duduk di tempat masing-masing seperti di bawah kerusi dan atas riba. Langsung tidak menganggu pemanduan walaupun dilepaskan di dalam kereta.

"Saya tidak sanggup berpisah dan menganggap kucing dipelihara seperti anak sendiri serta sanggup menghabiskan belanja lebih RM1,000 sebulan untuk membeli makanan dan kos perubatan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sebelum ini, gambar dan kisah Rosnani pulang beraya bersama 51 kucing miliknya menjadi viral di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2016 @ 12:11 AM