KEADAAN mangsa ketika menerima rawatan selepas ditikam.
KEADAAN mangsa ketika menerima rawatan selepas ditikam.
Shahrul Nizam Mohamad

Maran: “Saya takut dan tidak bersuara seketika selepas melihat ibu menikam ayah sebanyak dua kali di perut sebelum saya mendukung adik berusia 11 bulan melarikan diri kerana bimbang akan menjadi mangsa,” kata Muhammad Nor Syafiq Hamdan, 11, anak tiri Awang Muhamad, 42, yang meninggal dunia akibat ditikam isteri di perut selepas pasangan terbabit bertengkar dipercayai akibat cemburu di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Awang Muhamad, 42, berasal dari Kampung Paya Besar disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran akibat kecederaan di perut.

Muhammad Nor Syafiq berkata, dia terdengar suara ibunya berusia 33 tahun bertengkar dengan bapa tiri di ruang tamu lalu memberanikan diri melihat apa yang berlaku.

Katanya, sebaik saja melintas bilik tidur itu, dia tergamam dan menggigil ketakutan selepas melihat ibunya sedang menikam mangsa.

“Saya hanya dengar jeritan bapa meraung menahan kesakitan sebelum mengambil adik berusia 11 bulan yang kebetulan berada di dalam bilik dan bergegas menyelamatkan diri ke rumah jiran berdekatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 5:45 AM