LORI pengangkut bauksit kelihatan terbengkalai di tempat penumpulan bauksit Bukit Goh. Gambar kecil, jentera mengorek bauksit kelihatan terbengkalai di kawasan ladang peneroka.
LORI pengangkut bauksit kelihatan terbengkalai di tempat penumpulan bauksit Bukit Goh. Gambar kecil, jentera mengorek bauksit kelihatan terbengkalai di kawasan ladang peneroka.
Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Segelintir peneroka di FELDA Bukit Goh, di sini, menerima arahan lanjutan moratorium bauksit yang sepatutnya berakhir 15 Julai sehingga dua bulan lagi dalam keadaan berbelah-bahagi.

Ia disebabkan mereka yang terbabit dengan perlombongan bauksit kehilangan sumber pendapatan sejak awal tahun ini selepas bersetuju memajakkan tanah mereka untuk diusahakan sebagai lombong mineral berkenaan.

Peneroka terbabit yang kebanyakannya sudah melepasi usia setengah abad kini terpaksa bergantung kepada sumber pendapatan lain selain sumbangan daripada anak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) FELDA Bukit Goh Mat Zahari Deraman berkata, kebanyakan peneroka terbabit masih menunggu sehingga moratorium bermula 15 Januari lalu itu tamat.

“Bagi peneroka seperti saya yang tidak terbabit dengan perlombongan bauksit, moratorium ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kami.

“Tetapi, bagi rakan lain yang sawitnya sudah digondol dan tanah ladang sudah diratakan, mereka mungkin sudah tidak mempunyai pendapatan sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 5:44 AM