AHMAD Ishak memantau harga barang di MyFarm Outlet Putrajaya. FOTO Noor Atiqah Sulaiman
AHMAD Ishak memantau harga barang di MyFarm Outlet Putrajaya. FOTO Noor Atiqah Sulaiman
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Sebanyak 274 pasar tani khas sempena Syawal yang menawarkan harga istimewa sudah mula beroperasi di seluruh negara selama lima hari sehingga 3 Julai ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, masyarakat setempat boleh mengunjungi program jualan istimewa ini di lokasi masing-masing seluruh negara bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam.

"Pasar tani khas ini menjual barangan keperluan Aidilfitri seperti ayam, daging, santan dan kuih raya bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan sempena Aidilfitri kali ini," ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di MyFarm Outlet di Presint 7 di sini,hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut berganding bahu dengan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memastikan keperluan bekalan di pasar tani mencukupi menjelang Syawal.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut menempatkan urusetia di pasar tani Aidilfitri dan MyFarm Outlet seluruh negara bagi memantau harga barangan keperluan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 7:25 PM