BERHADAPAN tuduhan buat pelaburan haram hampir setengah bilion Won.
BERHADAPAN tuduhan buat pelaburan haram hampir setengah bilion Won.

Annyeonghaseyo! Ramai dalam kalangan selebriti Korea Selatan yang murah hati menderma keuntungan mereka kepada badan kebajikan.

Namun, kebanyakannya memilih untuk tidak menghebohkan perkara itu.

Apa yang pasti, perkara baik seperti itu sememangnya menjadi inspirasi apabila ia datang daripada generasi muda terutama artis baru yang sedang meningkat naik.

Sekurang-kurangnya, mereka membuktikan bahawa artis muda juga ada naluri luhur dan bukan mengejar keuntungan semata-mata.

Dua lagi penyanyi baru iaitu anggota DIA, Jung Chaeyeon dan Ki Heehyun menyentuh hati ramai apabila sifat keprihatinan mereka didedahkan.

Kedua-duanya menghulurkan sumbangan berupa barangan kesihatan wanita bernilai lebih 60 juta won (RM210,000).

Barangan itu dikhaskan kepada remaja tidak berkemampuan untuk membeli produk demikian.

Tindakan mereka menjadi perbualan umum dan khabarnya mereka turut mengorbankan pendapatan selama ini kepada kerja kebajikan.

Jung dan Ki berpendapat keuntungan yang mereka peroleh datangnya daripada orang ramai dan ia perlu dikongsikan.

Membuka Ulzzang! minggu ini, agensi popular FNC Entertainment didedahkan terbabit dalam jenayah manipulasi stok daripada badan berkuasa dan ia turut membabitkan ramai artis naungannya.

Disebabkan itu, agensi berkenaan kini di bawah siasatan pihak berkuasa dan antara artis yang terbabit ialah anggota CNBLUE iaitu Yonghwa.

Laman web Dispatch sendiri memberi gambaran jelas penyanyi itu terbabit.

Terdahulu, pembabitannya masih menjadi teka-teki sebelum ini dan ramai cuma membuat andaian kasar saja. Bagaimanapun, ia terjawab apabila beberapa media akhirnya melaporkan Yonghwa kini di bawah siasatan.

Menurut Dispatch lagi, penyanyi berkenaan berhadapan tuduhan membuat pelaburan haram hampir setengah bilion won kepada FNC Entertainment. Maklumat itu didedahkan sendiri pihak dalaman.

Selain itu, tidak lama lagi sesi menandatangani kontrak juga sepatutnya bakal berlangsung. Untuk tuduhan itu, Yonghwa boleh dipenjarakan selama 10 tahun jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 11:32 AM