SAMPUL lebih menarik.
SAMPUL lebih menarik.

Selain kehadiran pelbagai juadah serta baju raya, sampul duit raya tidak kurang memberi erti keterujaan baik penerima mahupun pemberinya.

Mahukan kelainan dalam rekaan sampul raya sedia ada dalam pasaran, pasangan suami isteri Noor Haziela Mohd Amran dan Mohd Nazri Hanis Yahya menghasilkan rekaan tersendiri untuk pelanggan.

Menurut Haziela, terdapat dua pilihan bentuk di samping 22 tema serta motif berlainan untuk mereka yang mahukan sampul raya berkenaan.

“Setiap tahun terdapat rekaan sampul paling laris dalam kalangan pelanggan yang berkunjung akaun Instagram Sampul Duit Raya.

“Tahun ini tema ‘blink’ menampilkan tulisan Eid Mubarak mendapat sambutan paling hangat. Kami menawarkan dua jenis sampul iaitu jenis ‘pocket’ saiz 15.5 sentimeter (sm) x 8 sm dan ‘wallet’, 16.23 sm x 8.57 sm.

“Motif juga berbeza ada menampilkan karakter animasi popular dan ada rekaan lebih abstrak mahupun bermotifkan nombor mahupun huruf,”katanya.

Tambah Haziela lagi sampul raya keluaran Sampul Duit Raya menggunakan material kertas kraf berkilau (Glossy Art Paper) dan dijual RM5 untuk 1 pek dengan isian 10 helai.

Selain menjual sampul yang siap, Sampul Duit Raya turut mengambil tempahan untuk menghasilkan sampul ‘custom’. Bagi yang berminat boleh layari laman Instagram, Sampul Duit Raya atau Facebook sampulduitraya2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 5:03 AM