TANDUKAN Pique (kanan) menewaskan Cech.
TANDUKAN Pique (kanan) menewaskan Cech.
AFP

Toulouse: Sepanyol yang dalam usaha memburu kejuaraan ketiga berturut-turut membuka kempen Euro 2016 dengan mengalahkan Republik Czech 1-0 dan mereka harus berterima kasih kepada Gerard Pique - penjaring gol kemenangan.

Penyandang juara itu ternyata sekali mendominasi permainan dalam aksi sulung Kumpulan D, namun beberapa percubaan pemain La Roja acap kali gagal menemui sasaran atau diselamatkan penjaga gol, Petr Cech.

Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque hampir memecah kebuntuan pada minit ke-16 apabila David Silva yang beraksi buat kali ke-100, melakukan gerakan cantik dari sebelah kiri sebelum melakukan hantaran lintang ke dalam petak penalti namun percubaan Alvaro Morata diselamatkan Cech.

Morata yang beraksi bersama kelab Itali, Juventus mempunyai peluang kedua menjaringkan gol namun rembatannya pada minit ke-29 dari dalam petak penalti tersasar.

Sepanyol menggandakan asakan pada babak akhir separuh masa pertama namun percubaan Jordi Alba dan Silva gagal untuk menggegarkan jaring Czech.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 8:19 AM