Ustaz Haslin Baharim


Seorang teman saya bersolat dengan memakai jubah tetapi pakaiannya jarang hingga menampakkan susuk tubuh. Adakah solatnya sah?

SITI AINA, Gemas, Negeri Sembilan

Menutup aurat adalah tuntutan agama. Sama ada ia sedang solat atau di luar solat seperti ketika bertemu dengan orang ramai.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “.. Dan janganlah mereka (golongan wanita Mukmin) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka.” (Surah Ar-Rum: 31)

Sekiranya jubah itu menampakkan bayangan susuk tubuh seperti gelap dan tidak jelas, masih dihukum makruh dan tidak disukai oleh Rasulullah SAW. Sekiranya jarangnya sehingga nampak warna kulit maka ia membatalkan solat.

Sekiranya masih dalam waktu solat, hendaklah diulang semula solatnya dan sekiranya pada luar waktu, hendaklah diqada semula. Wallahuaklam

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 12:23 AM