ZAINUDDIN menyerahkan surat terima tugas kepada Rusdi (kanan) sambil disaksikan Amar Singh. FOTO Norizuan Shamsuddin
ZAINUDDIN menyerahkan surat terima tugas kepada Rusdi (kanan) sambil disaksikan Amar Singh. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkuatkuasa hari ini.

Rusdi dilantik menyandang jawatan terbabit bagi menggantikan Datuk Zainuddin Ahmad yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) PDRM dan menerima kenaikan pangkat sebagai Deputi Komisioner.

Rusdi yang sebelum ini sudah lima tahun menyandang jawatan Timbalan Ketua JSJ IPK Selangor berkata, pelantikan terbabit adalah satu pengiktirafan di atas usaha dilakukan selama ini.

"Sebagai Ketua JSJ, siasatan yang dijalankan amat penting memandangkan saya juga sudah lama dalam bidang ini jadi kita kena bekerja secara efisien, cepat dan profesional.

"Saya akan praktikan apa yang dilakukan di Selangor mengikut kesesuaian di IPK Kuala Lumpur ini," katanya pada sidang media Majlis Serah Terima Tugas Ketua JSJ IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 1:58 PM