PEMAIN bola tampar lelaki dan wanita UiTM Melaka bergambar kenangan.
PEMAIN bola tampar lelaki dan wanita UiTM Melaka bergambar kenangan.

Melaka: Pasukan bola tampar lelaki dan wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka muncul juara Karnival Sukan Staf UiTM Malaysia 2016 yang berlangsung di UiTM Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.

Skuad lelaki menewaskan UiTM Pahang di final manakala bagi saingan wanita Melaka mengecewakan Sarawak pada saingan perlawanan akhir yang sengit dan mendebarkan.

Skuad bola jaring Melaka bagaimanapun gagal mengatasi UiTM Pulau Pinang di final namun kejayaan meraih pingat perak itu serta sumbangan dua emas bola tampar lelaki dan wanita membolehkan Melaka muncul juara keseluruhan KARISTA 2016 dengan dua emas dan satu perak.

UiTM Perlis pula kedua dengan dua emas dan tiga gangsa, manakala Shah Alam ketiga, dua emas dua gangsa. Tuan rumah Perak keempat dengan satu emas, dua perak dan empat gangsa.

Sebanyak 13 kontinjen bertanding membabitkan lapan acara termasuk bola sepak veteran dan senior, bow
ling, bola tampar lelaki dan wanita, pingpong serta bola sepak lima sebelah wanita.

Majlis perasmian KARISTA di sempurnakan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said. Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Datuk Dr Abdullah Mohamad Said serta Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:46 AM