SHERRY
SHERRY
Syafil Syazwan Jefri


Bergelar naib juara dalam program realiti Gempak Superstar baru-baru ini memberi kekuatan dan lebih keyakinan kepada pelakon, Sherry Ibrahim untuk melangkah setapak lagi ke dalam bidang nyanyian.

Dia yang memulakan langkahnya sebagai pelakon turut mengakui, program itu sedikit sebanyak membuka ruang kepadanya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.

“Kalau sedang melakukan sesuatu pekerjaan, saya memang fokus dan serius. Kini saya mencari lagu yang sesuai dengan vokal dan imej saya,” katanya.

Katanya, ada beberapa tawaran lagu yang dicipta untuknya, tetapi dia masih mempertimbangkannya.

“Ada beberapa tawaran, namun saya masih berfikir kerana dunia nyanyian masih baru buat saya. Jadi, kalau boleh, saya nak dapatkan lagu yang benar-benar kena dengan jiwa saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 7:51 AM