KEMALANGAN di persimpangan lampu isyarat membabitkan enam kenderaan. FOTO Mikail Ong
KEMALANGAN di persimpangan lampu isyarat membabitkan enam kenderaan. FOTO Mikail Ong
Fatin Fazlina Yaakob


Georgetown: Pemandu lori membawa muatan simen, 50-an derita hampir 30 minit selepas tersepit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tanjung Tokong, tengah hari tadi.

Kemalangan 12.55 tengah hari itu membabitkan enam kenderaan iaitu tiga lori, satu van dan dua kereta.

Difahamkan, lori simen yang dipandu mangsa dari arah Tanjung Tokong menghala ke pusat bandar dikatakan mengalami masalah brek sebelum merempuh beberapa kenderaan lain di hadapan yang berhenti kerana lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan kini dalam keadaan stabil selepas diselamatkan bomba dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kemalangan itu menyebabkankesesakan lalu lintas kira-kira 2 kilometer dari Batu Feringghi menghala ke pusat bandar sementara kerja mengalihkan lori dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 5:13 PM