BBC

Anfield: Liverpool mengesahkan menandatangani penjaga gol antarabangsa B-21 Jerman, Loris Karius dengan nilai £4.7j (RM28.2 juta) daripada bekas kelab Jurgen Klopp, Mainz.

Karius, 22, melengkapkan pemeriksaan perubatan semalam dan kontrak rasmi selama lima tahun akan bermula pada 1 Julai.

Dia menyuarakan rasa selesa selepas mengadakan perbincangan bersama bos Liverpool dan senegara Jerman Klopp yang menyakinkan perpindahan itu keputusan tepat.

Karius mengekalkan sembilan rekod bersih dalam 34 perlawanan liga musim lalu. Dia membantu Mainz menamatkan saingan di tangga keenam Bundesliga.

"Saya bercakap dengan pengurus dan perasaan terus ceria selepas itu kerana dia memberitahu apa mahu dilakukan bersama kelab dan pemain," katanya.

Bekas pemain remaja Manchester City itu akan memberi cabaran kepada penjaga gol antarabangsa Belgium Simon Mignolet selaku penjaga gol utama Reds.

Mignolet, 28, menandatangani kontrak selama lima tahun di Anfield pada Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 4:45 PM