X
KAKITANGAN hospital memberi penerangan mengenai sarapan sihat untuk pesakit diabetes.
KAKITANGAN hospital memberi penerangan mengenai sarapan sihat untuk pesakit diabetes.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Sarapan sihat menjadi sajian asas paling penting bagi semua orang khususnya pesakit diabetes. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan yang sihat boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah dan memastikan bekalan tenaga yang seimbang untuk pesakit diabetes.

Berikutan peningkatan jumlah pesakit diabetes yang semakin membimbangkan di Malaysia, NUTREN Untuk Diabetik mengambil langkah menerajui inisiatif pendidikan untuk berinteraksi dengan mereka yang berisiko menghidap diabetes, pesakit diabetes serta penjaga melalui siri jelajah Healthy Diabetes Living Starts with Breakfast di beberapa hospital terulung di seluruh negara.

Sekiranya anda penghidap diabetes atau bimbang dengan paras gula dalam darah, inisiatif ini adalah peluang untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai pengurusan diabetes melalui pelbagai permainan interaktif dan menyeronokkan.

Pengunjung akan ketika menerima beg cenderahati dan berpeluang untuk menikmati sarapan sihat dan lazat yang dipilih khas daripada buku resipi mesra diabetes, NUTREN Untuk Diabetik Simply Delicious.

Pengurus Perniagaan Negara, Sains Kesihatan Nestle, Emilyn Loo berkata, kadar peningkatan penyakit diabetes jenis 2 di peringkat global amat membimbangkan. Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), bilangan pesakit diabetes meningkat empat kali ganda sejak 1980 menjadikan jumlah pesakit kepada 400 juta orang.

Menurutnya di Malaysia, terdapat 3.5 juta atau 17.5 peratus daripada rakyat dewasa yang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes dan jumlah ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai peranan besar untuk menangani isu kesihatan awam ini.

“Salah satu kebimbangan utama yang dihadapi pesakit diabetes adalah pemakanan mereka. Siri jelajah Health Diabetes Living Starts With Breakfast ini memberi penekanan kepada sajian paling penting setiap hari iaitu sarapan.

“Ramai pesakit diabetes beranggapan sarapan itu tidak penting, malah mengelak daripada bersarapan. Mereka tidak sedar tindakan itu akan menyebabkan kesan yang serius dan menjejaskan paras gula dalam darah mereka,” katanya.

Selain itu, inovasi sains kesihatan Nestle yang menjadi tunjang bagi rangkaian produk nutrisi NUTREN turut menganjurkan peraduan khas untuk memberi peluang buat pengguna memenangi pelbagai hadiah hebat yang bakal memperkasakan kesihatan mereka.

Dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi, Peraduan Together We Take Charge NUTREN adalah kesinambungan kepada kempen Together We Take Charge yang dilancarkan Sains Kesihatan Nestle pada Hari Diabetes Sedunia, November lalu.

Emilyn berkata, pihaknya mengakui akan berleluasanya penyakit tak berjangkit (NCD) seperti diabetes atau penyakit kardiovaskular. Kos sara hidup, tekanan dan kesibukan kerja menyebabkan ramai kesuntukan masa untuk memberi fokus kepada pilihan gaya hidup yang lebih sihat.

Justeru, katanya, peraduan ini bertujuan memberi peringatan bahawa semua orang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan masing-masing dalam apa jua keadaan.

“IDF menganggarkan sehingga 70 peratus daripada kes diabetes jenis 2 boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup. Apa yang penting ialah kesungguhan untuk berubah, mengamalkan gaya hidup sihat dan serius menjaga pemakanan,” katanya.

Peraduan Together We Take Charge NUTREN berlangsung selama 10 minggu, bermula 18 April sehingga 26 Jun 2016. Setiap minggu, seramai lima orang pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang.

Lima pemenang bertuah bagi hadiah utama berpeluang untuk mereka bentuk gaya hidup sihat dan memilih daripada 10 produk elektrik gaya hidup sihat dan baucar beli-belah dengan jumlah terkumpul bernilai sehingga RM8,000.

Siri jelajah Healthy Diabetes Living Starts with Breakfast bermula di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 hingga 20 Mei diikuti Hospital Pantai Ipoh bermula 16 hingga 21 Mei.

Siri jelajah itu diteruskan di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby Subang Jaya bermula 23 hingga 28 Mei diikuti Pusat Perubatan Gleneagles Penang pada 30 Mei hingga 3 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 5:01 AM