ANTARA barangan dapur disumbang.
ANTARA barangan dapur disumbang.
AGIHAN barangan dapur.
AGIHAN barangan dapur.
BERSEDIA mengumpul barangan solat.
BERSEDIA mengumpul barangan solat.
AZILA disokong kuat bapanya.
AZILA disokong kuat bapanya.
ANTARA program yang pernah dikendalikan Telekung projek.
ANTARA program yang pernah dikendalikan Telekung projek.
Nurul Husna Mahmud


Semakin mendekati Ramadan bermakna semakin rancak dan panjang langkah diatur Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek (TP).

Pengasasnya Norazila Abd Aziz bermula dengan inisiatif membersihkan telekung dari surau awam bersama anaknya, kini lebih besar harapannya apabila melancarkan kempen Pra Ramadan selama dua minggu bermula 4 Mei sehingga 18 Mei 2016 menerusi program Ukhwah Road To Ramadan.

Guna media sosial kutip dana

Kata Azila, bukan tidak mahu menggunakan media arus perdana, sebaliknya media sosial dilihat lebih efektif serta aktif dalam mencari rangkaian penyumbang.

“Platform seperti Facebook dikongsi bersama rakan serta sukarelawan lain. Jadi lebih mudah untuk saya sebarkan sebarang program serta maklumat berkenaan dana diperlukan.

“Dengan platform ini juga maklumat jumlah kutipan serta perkembangan untuk pelaksanaan Ramadan nanti boleh dikemas kini serta-merta.

“Selain itu wujud ruang komunikasi dua hala membabitkan saya selaku penggerak projek ini dengan sukarelawan mahupun penyumbang dana,” katanya.

Sasar 300 penerima di Kelantan

Menurutnya, projek masuk tahun keempat turut mendapat kerjasama Dataran Ilmu Kampung Bukit Abal dan Skuad 4x4 Adventure Team Kelantan.

“Kutipan kami terima dalam kempen ini dalam bentuk tunai kerana strategi perlu diatur bagi mengurangkan kos logistik serta pengurusan selain membantu menyeragamkan kualiti barangan.

“Sebanyak 600 kit barangan keperluan dapur berjumlah RM150 setiap satu selain 600 set keperluan solat bernilai RM50 diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin sekitar Tumpat, Wakaf Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Ketereh dan Kubang Kerian serta pihak dilantik pada 21 Mei (semalam).

“Pihak TP berdoa semoga bantuan kecil ini dapat menggembirakan mereka yang memerlukan tatkala menjalani ibadah Ramadan nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:02 AM