HENDRAWAN (kanan) bersama Lee Chong Wei dan Iskandar giat berlatih.
HENDRAWAN (kanan) bersama Lee Chong Wei dan Iskandar giat berlatih.
Saiful Affendy Sapran


Kunshan, China: Karakter lebih garang diharap mampu diterjemahkan barisan pemain Piala Thomas negara apabila turun pada aksi suku akhir bertemu Taiwan hari ini.

Jurulatih perseorangan negara Hendrawan berkata, sebaik memasuki peringkat kalah mati, maka hanya keberanian serta semangat untuk melawan yang tinggi akan menjadi pemisah sama ada satu-satu pasukan itu mampu mara ke separuh akhir atau sebaliknya.

Menerusi undian yang berlangsung selepas berakhir semua saingan peringkat kumpulan malam tadi, skuad negara akan bertemu Taiwan, lawan yang dilihat berpeluang besar untuk ditewaskan.

“Saya lihat menerusi acara perseorangan, daripada perlawanan pertama sehingga semalam (kelmarin), prestasi pemain kita agak baik.

“Sekarang ini kita tidak boleh memperkatakan sama ada seseorang pemain itu mampu mempamerkan aksi seimbang atau tidak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 7:48 AM