Oleh Siti Zarinah Sahib

Industri fesyen memainkan peranan besar dalam mempengaruhi trend solekan malah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan sentiasa bergerak seiring dengan peredaran semasa.

Mengambil ilham daripada pentas peragaan serta penggunaan seharian, Maybelline New York memperkenalkan inovasi terbaru rangkaian maskara Volum Express Big Eyes dengan dwi-hujung pertama bagi memberikan kawalan penuh pada bulu mata, menjadikan mata kelihatan dua kali lebih besar dengan hanya satu sapuan.

Maskara Big Eyes memberikan penyelesaian mudah dengan dua berus iaitu berus besar dengan bulu penuh, sesuai bagi menghasilkan volum yang tebal dan melebatkannya. Berus mikro sehalus dua milimeter pula membolehkan anda memberus dan meletakkan sapuan pada setiap helai bulu mata walau sekecil mana sekali pun bulu mata.

Ketika sesi memperkenalkan maskara terbaru ini, Pengurus Pemasaran Maybelline Malaysia Pink Fong menjelaskan, maskara terbabit dirumus bagi menyelesaikan masalah yang biasa dialami wanita iaitu inginkan mata lebih galak dan besar.

"Antara kerisauan utama yang dihadapi wanita Asia iaitu solekan mata. Semua inginkan mata yang kelihatan besar dan manawan. Bagaimanapun, kebanyakan kita berhadapan dengan masalah yang sama iaitu mata kecil, kuyu, bulu mata yang pendek atau bulu mata yang tidak lentik walaupun selepas cuba melentikkannya berkali-kali," katanya.

Bagi mendapatkan bulu mata yang lebih lentik dan lebat, terdapat teknik yang boleh dicuba iaitu dengan melentikkan bulu mata terlebih dulu kemudian sapukan bulu mata bahagian atas menggunakan berus besar bagi kepanjangan yang lebih dramatik. Ini termasuk bagi mereka yang mempunyai bulu mata yang lurus dan tidak lentik.

"Walaupun bulu mata anda pendek, anda boleh menggunakan berus mikro untuk menyerlahkan bulu mata tanpa comot, sebelum menggunakan berus besar bagi menghasilkan kesan dramatik. Untuk melengkapkan rupa ini, gunakan berus mikro untuk sapuan pada bahagian bulu mata yang susah dicapai serta bulu bawah mata. Hal ini sangat membantu terutama jika anda mempunyai bulu bawah mata yang pendek atau mata kuyu. Apa jua masalah, hasilnya tetap menjanjikan mata yang lebih besar," katanya.

Terdapat tiga sapuan maskara yang boleh digayakan bergantung kepada acara yang akan dihadiri.

Untuk temu janji pertama

Gaya feminin dan menawan sesuai bagi temu janji pertama. Gunakan maskara Big Eyes dan penggaris mata berwarna coklat bersama secalit pembayang mata warna tembaga. Gaya solekan smokey mampu diserlahkan menerusi warna coklat pembayang mata. Kening disolek lembut dan dilorek secara ringan.

Mesyuarat

Gaya bertenaga bagi menghadiri mesyuarat. Bahagian kening dilorek secara jelas agar lebih tajam. Padankan dengan penggaris mata berwarna hitam serta pembayang mata keemasan. Bulu mata pula disapukan dengan maskara Big Eyes bagi menjadikan mata kelihatan besar.

Acara malam

Inilah masanya untuk menyerlahkan personaliti kewanitaan anda. Tonjolkan bahagian mata dengan solekan smokey yang seksi. Penggaris mata hitam dengan pembayang merah jambu daripada pembayang mata Big Eyes merah jambu gorgeous memberi rupa lebih menawan. Tambahkan kepanjangan berganda bagi bulu mata dan bulu bawah mata, dengan berus dwi-hujung maskara.

Bermula pada 22 Disember sehingga 3 Januari 2015, sertai Maybelline menerusi Take The Party to Watsons. Ruang khas akan diadakan di kedai Watsons terpilih apabila jurusolek profesional akan menghasilkan solekan tatarias wajah bersama nasihat percuma.

Maskara Maybelline New York Big Eyes boleh didapati dalam warna hitam dan dijual pada harga RM45.90 setiap satu manakala pembayang matanya yang didapati dalam tiga warna berharga RM45.90 setiap satu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 5:00 AM