FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Ardyhansah Amat


Beaufort: Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM70,000 selepas meletupkan mesin ATM menggunakan bahan letupan buatan sendiri, di Pekan Membakut, dekat sini, awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian 2.10 pagi itu, kumpulan penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak ketika dihubungi, hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan termasuk pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

"Hanya sebuah mesin berjaya diletupkan penjenayah dalam kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 11:11 AM