MOHD Zaki memberi penerangan mengenai aplikasi.
MOHD Zaki memberi penerangan mengenai aplikasi.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Umum mengetahui platform digital sudah menjadi kemestian buat seluruh masyarakat di dunia dalam penyebaran pelbagai maklumat berguna, malah akses kepada teknologi pintar menjadi semakin mudah di hujung jari.

Dengan memanfaatkan segala ciri yang sedia didapati menerusi teknologi pintar, Wyeth Nutrition mengambil kesempatan untuk memperluaskan platform digitalnya agar golongan ibu hamil dan ibu bapa sentiasa peka terhadap petua keibubapaan terkini, isu semasa dan kesedaran kesihatan.

Justeru, melalui aplikasi pesanan WeChat, golongan ibu kini boleh mendapatkan pelbagai petua keibubapaan berguna melalui akaun WeChat Wyeth Nutrition yang dilancarkan, baru-baru ini.

Ini sekali gus membolehkan Wyeth Nutrition sentiasa berada di sisi dan membantu golongan ibu moden yang bertungkus-lumus membesarkan anak kesayangan tatkala mereka berdepan kesibukan harian.

Selaras dengan tema 2016 iaitu Meraikan Kepintaran Berbilang Anak Anda, jenama ini menggalakkan ibu bapa memupuk anak mereka memiliki kepintaran pelbagai berdasarkan konsep integrasi yang merangkumi Body Smart, Brain Smart dan People Smart.

Pengurus Perniagaan Negara, Wyeth Infant Nutrition Malaysia dan Singapura, Dr Mohamed Shaarawy berkata, untuk mendekatkan diri dengan golongan ibu, profil Wyeth Nutrition di WeChat menyediakan maklumat berfaedah seperti petua kesihatan, panduan pemakanan, pengumuman berkaitan acara yang bakal berlangsung, produk terbaru dan tawaran menarik.

Justeru, katanya, segala bantuan keibubapaan yang diperlukan kini boleh didapati melalui WeChat dengan hanya beberapa sentuhan di skrin telefon bimbit, sekali gus menjanjikan satu pengalaman keibubapaan yang menyeluruh buat pasangan suami isteri tatkala mereka cuba memupuk hubungan erat ibu bapa dan anak dan kehidupan sihat sekeluarga.

“Dengan manfaat teknologi pintar, kami merasakan ada baiknya untuk melengkapi ibu moden di Malaysia dengan satu aplikasi yang berguna untuk menemani mereka dalam perjalanan keibubapaan masing-masing.

“Kami lengkapkan ibu moden di Malaysia dengan satu aplikasi keibubapaan untuk dijadikan platform yang cepat dan mudah dirujuk sepanjang proses pembesaran anak-anak mereka,” katanya.

Melalui ID WyethNutritionMY di WeChat, Wyeth Nutrition dapat meningkatkan komunikasi dengan pelanggannya kerana ia boleh dihubungi terus melalui perbualan peribadi dalam WeChat.

Ibu kini boleh melangsungkan perbualan secara peribadi dengan Wyeth Nutrition apabila mereka boleh mendapatkan maklum balas segera berhubung pertanyaan masing-masing.

Pada masa sama, mereka juga bebas memberikan komen dan maklum balas kerana ibu bekerja keras seharian demi memastikan kesejahteraan keluarga dan oleh itu, Kelab S-Mama sentiasa memberikan hadiah kepada ahlinya pelbagai ganjaran menarik dipadankan khas dengan keperluan mereka.

Kelab S-Mama ialah salah satu komuniti keibubapaan dalam talian yang pesat berkembang di Malaysia dan antara kelab keibubapaan yang paling aktif dengan bilangan ikutannya yang besar.

Dr Mohamed berkata, sejak diperluaskan daripada sekadar satu laman sesawang ke platform media sosial, Wyeth Nutrition kini menghimpunkan lebih 243,000 pengikut di Facebook, sekali gus tergolong sebagai antara kelab keibu bapaan terbesar berdasarkan jumlah ikutannya.

“Jadi, kami mengharapkan dapat mencapai angka yang sama ataupun lebih di WeChat kelak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Negara WeChat Malaysia dan Indonesia, Louis Song berkata, kadar penetrasi aplikasi bimbit WeChat sudah mencecah 95 peratus di Malaysia dan pihaknya berbesar hati dapat mendekatkan Wyeth Nutrition dengan kaum ibu menerusi satu perhubungan yang istimewa.

Hadir sama pada majlis pelancaran, Ketua Perniagaan Wilayah, Wyeth Infant Nutrition Wilayah Asia dan PR Andrew Santos, Pengurus Produk Tencent Telecommunications Malaysia Chapter (iPick Malaysia), Gary Tan dan Pengarah Pemasaran Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Zaki Mohd Zin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 5:04 AM