SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memeriksa perbarisan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di pentas utama sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2016 bertemakan Bomba Tonggak Penyelamat Negara yang berlangsung di Persada Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2016 di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini sebentar tadi.

Keberangkatan tiba baginda bersama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim pada jam 9 pagi.

Kerabat diraja itu disambut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Sambutan bertemakan 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' itu diserikan dengan pemeriksaan kawalan kehormat, perarakan anggota perbarisan, pertunjukkan kebombaan serta perarakan jentera bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 11:02 AM