KETUA Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tiba di Dewan Dun Lama untuk sidang akhbar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
KETUA Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tiba di Dewan Dun Lama untuk sidang akhbar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria


Kuching: Rakyat Sarawak memberikan hadiah istimewa buat Tan Sri Adenan Satem, malam tadi.

Beliau memperoleh mandat besar untuk menerajui kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) buat penggal ke-11.

Kemenangan 72 kerusi untuk pemimpin berusia 72 tahun itu pada pilihan raya negeri ke-11 menunjukkan rakyat Bumi Kenyalang memberi kepercayaan kepada Adenan untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-11.

Pencapaian itu adalah detik bersejarah bagi Adenan, selaku presiden PBB, selama 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Kemenangan itu lebih manis apabila BN merampas tujuh kerusi majoriti Cina termasuk kerusi paling panas iaitu Batu Kawah yang dimenangi Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Mengetuai BN buat pertama kali pada pilihan raya negeri, Adenan meminta pengundi memberi peluang lima tahun lagi sebelum beliau bersara dalam politik bagi merealisasikan visinya membangunkan negeri ini bersama kaum Cina dalam kabinet negeri itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 11:29 PM