KEHARMONIAN warna bunga ros Jepun ini mampu mengindahkan taman anda.
KEHARMONIAN warna bunga ros Jepun ini mampu mengindahkan taman anda.
WARNA-warni bunga segar ini sering dikaitkan dengan penataan taman Inggeris.
WARNA-warni bunga segar ini sering dikaitkan dengan penataan taman Inggeris.
BUNGA yang mempunyai karakter ‘lembut’ ini menawarkan pelbagai rona sesuai sebagai tanaman dalam pasu atau di atas tanah.
BUNGA yang mempunyai karakter ‘lembut’ ini menawarkan pelbagai rona sesuai sebagai tanaman dalam pasu atau di atas tanah.
MEMILIH untuk menanam bunga ini saja sudah cukup membawa gambaran lengkap ia adalah taman Inggeris.
MEMILIH untuk menanam bunga ini saja sudah cukup membawa gambaran lengkap ia adalah taman Inggeris.
MENANAM ros Jepun ini mengajak anda menyerlahkan kreativiti.
MENANAM ros Jepun ini mengajak anda menyerlahkan kreativiti.
PASU dan bekas tanaman ros Jepun turut dijual GRJK.
PASU dan bekas tanaman ros Jepun turut dijual GRJK.
ANTARA ahli GRJK yang sering tampil berkongsi idea.
ANTARA ahli GRJK yang sering tampil berkongsi idea.
Hartini Mohd Nawi


Warna-warni bunga segar sering dikaitkan dengan penataan taman Inggeris yang membangkitkan aura keharmonian dan keindahan tersendiri.

Di negara ini, ros Jepun atau bunga pukul 10 antara tanaman yang menjadi pelengkap taman jenis itu.

Nama saintifiknya ialah Portulaca grandiflora dan tergolong dalam famili Portulaceae.

Ia biasanya berkembang penuh antara jam 10 pagi hingga tengah hari dan selepas waktu itu, ros Jepun mulai layu perlahan-lahan.

Esoknya, ia berkembang pula pada waktu yang sama. Pokok berbunga indah ini sering dipilih sebagai tanaman tutup bumi, digantung atau ditanam dalam pasu atas tanah.

Pelbagai tarikan yang membuatkan bunga ros Jepun tersenarai antara tanaman popular dan diminati ramai.

Diamati, bunga yang mempunyai karakter ‘lembut’ ini mempunyai pelbagai warna sesuai sebagai tanaman dalam pasu atau di atas tanah.

Memilih untuk menanam bunga ini saja sudah cukup membawa gambaran lengkap ia taman Inggeris asalkan aksesori hiasan lain sesuai dipadankan.

Ramai yang menggemari bunga ini kerana ia mudah dibiak dan diselenggara.

Membiak melalui keratan batang, anda hanya perlu menyucuk keratan batang dari pokok induk ke dalam pasu baru.

Kemudian letakan pasu itu di lokasi yang menerima cahaya matahari yang banyak.

Pastikan anda siram setiap hari, namun perlu diingatkan jangan sesekali siram ketika bunga tengah kembang mekar kerana ia boleh menyebabkan bunga cepat layu.

Kelab atau kumpulan ros Jepun

Keunikan ros Jepun turut mendorong banyak kelab atau kumpulan ditubuhkan termasuk menggunakan kecanggihan teknologi maklumat untuk berhubung.

Hari ini, ramai mengemas kini maklumat kelab atau kumpulan ros Jepun menerusi Facebook atau Instagram.

Masing-masing selesa berhubung di alam maya untuk bertukar idea dan menimba pengalaman berkenaan bunga unik itu.

Tidak terkecuali Geng Ros Jepun Kulai (GRJK) yang asalnya ditubuhkan pada tahun lalu hanya membabitkan empat ahli.

Laman Facebook menjadi medan ‘pertemuan’ dan selepas enam bulan penubuhannya, 2,500 ahli seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak.

Menurut wakilnya Shahruddin bin Ahmad, Internet menjadi penghubung utama GRJK yang kian dikenali ramai.

“Bukan sekadar berkongsi idea dan pengalaman, malah ahli GRJK turut mengadakan pelbagai aktiviti.

“Aktiviti pertama di Karnival Kulai Maju dan Ceria di RTC Kulai, Johor November tahun lalu.

“Menariknya ia menjadi sebahagian aktiviti kumpulan yang membabitkan penjualan benih dan keratan ros Jepun, rak, tanah, baja dan elemen berkaitan bunga berkenaan,” katanya.

sDiikuti April lalu, aktiviti kedua yang turut membabitkan sesi perjumpaan ahli di Bandar Tenggara, Kota Tinggi kediaman seorang ahli GRJK.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:02 AM