SENJATA yang didakwa digunakan dalam kejadian itu.
SENJATA yang didakwa digunakan dalam kejadian itu.

Moscow: Satu laporan baru mendakwa mengenal pasti senjata digunakan untuk menembak pesawat MH17, dikatakan dari briged antipesawat pasukan tentera Vladimir Putin, seperti yang disangka sebelum ini.

Penemuan itu mengukuhkan siasatan Belanda yang mengaitkan pesawat Penerbangan Malaysia itu ditembak jatuh peluru berpandu BUK buatan Russia di kawasan yang dikuasai pemberontak Ukraine, seterusnya menyebabkan semua 298 penumpang terbunuh.

Siasatan itu dikecam Moscow kerana sifatkan sebagai cubaan jelas untuk membuat kesimpulan berdasarkan fakta berat sebelah dan berasaskan kepentingan politik.

Bagaimanapun, sekumpulan wartawan dari Bellingcat kini mendakwa berjaya mendedahkan lebih banyak bukti yang mengaitkan pembabitan Moscow.

Khususnya mereka mendakwa berjaya mengenal pasti jenis senjata yang digunakan hasil analisis rakaman BUK yang dilihat di kawasan pelancar dikuasai Ukraine pada hari kejadian pesawat malang itu ditembak jatuh dan imej pelancar misil Russia.

Kumpulan itu mendakwa membandingkan beberapa ciri seperti jenis tayar, lekuk pada panel serta tanda tertentu, seterusnya berkemungkinan besar milik BUK Russia, nombor 332 dari Briged Antipesawat ke-53.

“Kami menganalisis bahan digunakan sejak lima tahun lalu untuk mengenal pasti pelbagai karakter unik BUK ini sebelum akhirnya mengenal pasti digit tengah misteri itu, yang hilang apabila peluru berpandu berkenaan kali terakhir dilihat pada 2014.

“Berdasarkan itu, pada 17 Julai 2014, BUK TELAR Russia bernombor 332 dari Brigade Misil Antipesawat ke-52 yang berpangkalan di Kursk dirakam di timur Ukraine.

“BUK khusus yang sebelum ini dikenali sebagai BUK 3x2m difilemkan berpindah ke kawasan pusat pelancaran, dianggap peluru berpandu yang menjatuhkan MH17 oleh Lembaga Keselamatan Belanda,” kata laporan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 10:15 AM