Summons (dua dari kanan) bersama selebriti Nabil (kiri), Ho (kanan) dan Ardell pada majlis pelancaran Cadbury 5 Star, semalam.
Summons (dua dari kanan) bersama selebriti Nabil (kiri), Ho (kanan) dan Ardell pada majlis pelancaran Cadbury 5 Star, semalam.
Lizam Ridzuan

Petaling Jaya: Mondelez International, pengeluar konfeksi terbesar dunia menerusi Mondelez Malaysia melancarkan coklat terbaharu Cadbury 5 Star dan menyasarkan perkongsian pasaran melebihi 22 peratus tahun ini bagi pasaran coklat tempatan.

Pengarah Kategori Coklat Mondelez International Asia Tenggara Ben Summons berkata, pasaran Malaysia antara yang berkembang pantas dengan merekodkan jualan RM633.8 juta daripada industri coklat tahun lalu.

“Cadbury 5 Star dilancarkan buat pertama kali di India dan seterusnya Brazil serta menerima sambutan baik, justeru, kami memperkenalkan di Malaysia dan Filipina pada hari sama sebagai dua negara pertama Asia Tenggara yang menerima produk ini,” katanya di sini, baru-baru ini.

Produk itu adalah kombinasi rasa coklat lembut bersama bebola biskut rangup dan disaluti lapisan susu serta karamel yang hebat. Cadbury 5 Star dihasilkan daripada kajian dan penelitian terhadap pasaran yang menyukai produk berperisa manis, rangup dan lembut dalam satu pek.

“Sebagai pendahulu kategori, kami melakukan inovasi dan mempelbagaikan produk serta perisa baru selaras dengan pelancaran 5 Star untuk memantapkan kedudukan Mondelez Malaysia dalam kategori coklat,” katanya.

Sempena pelancaran itu, pihaknya memilih tiga personaliti muda tempatan untuk cabaran #youthinkyoucan iaitu Ho Ming Han (Saluran YouTube - The Ming Thing), Ardell Aryana (pelakon) dan Nabil Ifwat (Kyopropaganda) melakukan aksi luar biasa sebagai kempen promosi produk itu.

Mereka bertiga memaparkan aksi ceria dan penuh kebebasan serta menghiburkan dalam menjayakan misi yang diberi akan dipaparkan dalam laman sosial Cadbury dan YouTube pada 6 Mei ini.

Cadbury 5 Star boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara pada harga RM2.90 (45g), RM9.90 (150g) (10 bar x 15g) dan RM1 (15g) dengan setiap bungkusan mempunyai cabaran #youthinkyoucan untuk pembeli mencuba sendiri cabaran yang dinyatakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 7:02 AM