DUA pelancong Sepanyol yang dikhuatiri lemas di perairan Balambangan, Kudat.
DUA pelancong Sepanyol yang dikhuatiri lemas di perairan Balambangan, Kudat.
Junaidi Ladjana

Kudat: Empat pelancong termasuk seorang rakyat tempatan dikhuatiri lemas di laut ketika dalam perjalanan pulang ke penginapan mereka dalam kejadian di perairan Balambangan di sini, petang semalam.

Empat mangsa iaitu Lam Wai Yin Tommy (China), 45; David Hernandes Gasulla (Sepanyol), 30; Martha Miguel (Sepanyol), 30; dan seorang rakyat tempatan dikenali sebagai Ella ,23, dilaporkan hilang 5.30 petang oleh rakan mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Kudat, 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan pulang dari Kampung Batu Sirih Balambangan, Banggi, ke Kudat, namun sehingga kini mereka gagal dikesan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan untuk mengesan bot dinaiki semua mangsa.

"Setakat ini, operasi SAR masih dijalankan membabitkan agensi penyelamat iaitu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat.

"Punca kejadian masih belum diketahui dan ketika mangsa dilaporkan hilang ombak berketinggian 0.5 hingga satu meter arah angin Utara," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 6:25 PM