Macam tak percaya dengan apa yang SS dengar mengenai artis dan suaminya yang kaya raya kerana menurut cerita, suaminya sekarang semakin jarang mendapat projek sehingga khabarnya si suami terpaksa menjual barang peribadi kepada sahabat handai.

Oleh kerana mereka sahabat lama dan saling mengenali hati budi, rakannya tak sanggup nak membeli barang kesayangannya itu sebaliknya dia menawarkan wang untuk dipinjam. Itu pun rakannya itu kata, kalau ada duit bayar, kalau tak ada juga (duit) dia halalkan saja.

Sebelum artis itu menikah dengan suaminya lagi, dia sudah dilimpahi kemewahan dan keadaan itu berlanjutan sehinggalah mereka berkahwin. Walaupun mereka hidup senang-lenang, pasangan suami isteri ini pun tidak sombong dan suka menjamu kawan-kawan di kediaman mereka yang amat indah itu.

Jika benarlah sekarang mereka hidup susah, anggaplah ia ujian daripada Allah SWT dan semoga artis dan suaminya tabah menghadapinya. Siapa tahu berkat ketabahan mereka berdua, keadaan akan pulih seperti biasa. Apa yang penting mereka mestilah sabar.

Barangkali ia juga menjadi sebab untuk mereka suami isteri terus mendekati Allah SWT kerana Dia sentiasa mendengar rayuan dan doa hamba-Nya dan mungkin berserta dugaan yang datang itu, Dia mahu memberikan yang lebih baik lagi untuk mereka berdua.

SS: Janji Allah SWT itu pasti, lantas jangan sesekali lupa berdoa ke hadrat-Nya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:00 AM