MOHD Kamarudin menunjukkan komputer riba yang dirampas ketika serbuan. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
MOHD Kamarudin menunjukkan komputer riba yang dirampas ketika serbuan. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menumpaskan empat sindiket penipuan pembelian dalam talian menggunakan kad kredit palsu membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman (Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, empat sindiket berkenaan ditahan di Kelantan, Pahang, Selangor dan ibu negara dalam operasi yang dilancarkan pada 25 hingga 28 April lalu.

Beliau berkata, bertindak hasil dua laporan polis diterima syarikat penjualan dalam talian terkemuka, polis menahan 13 suspek berusia 20 hingga 40 tahun.

"Modus operandi mereka ialah dengan membeli barangan dalam talian menggunakan kad kredit palsu sebelum memuatnaik aplikasi untuk memintas emel yang dihantar pihak bank kepada syarikat penjualan itu," katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurutnya semua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 12:15 PM