INDUSTRI mempunyai garis panduan jelas dalam pemilihan sumber tenaga kerja dan mahukan calon yang kompetitif bagi jawatan ditawarkan. - Gambar hiasan
INDUSTRI mempunyai garis panduan jelas dalam pemilihan sumber tenaga kerja dan mahukan calon yang kompetitif bagi jawatan ditawarkan. - Gambar hiasan
SISWA perlu berdepan pelbagai cabaran dan persaingan sebaik menamatkan pengajian, justeru kemahiran dalam bidang pengkhususan menjadi kelebihan. - Gambar hiasan
SISWA perlu berdepan pelbagai cabaran dan persaingan sebaik menamatkan pengajian, justeru kemahiran dalam bidang pengkhususan menjadi kelebihan. - Gambar hiasan
PERKONGSIAN dengan industri membantu siswa mendalami ilmu dan kepakaran. - Gambar hiasan
PERKONGSIAN dengan industri membantu siswa mendalami ilmu dan kepakaran. - Gambar hiasan
DALAM tempoh dua tahun bersama industri, siswa masih tertakluk dengan universiti dan tidak mengetepikan elemen akademik. - Gambar hiasan
DALAM tempoh dua tahun bersama industri, siswa masih tertakluk dengan universiti dan tidak mengetepikan elemen akademik. - Gambar hiasan
2U2i bukan perkara baru dalam kalangan siswa, namun kini diberi lebih penekanan bagi memenuhi masalah kritikal penawaran kerja kepada graduan. - Gambar hiasan
2U2i bukan perkara baru dalam kalangan siswa, namun kini diberi lebih penekanan bagi memenuhi masalah kritikal penawaran kerja kepada graduan. - Gambar hiasan
PENGENALAN 2U2i diharap menjadi platform melahirkan graduan lebih berkemahiran dan berkebolehan dalam jurusan diikuti. - Gambar hiasan
PENGENALAN 2U2i diharap menjadi platform melahirkan graduan lebih berkemahiran dan berkebolehan dalam jurusan diikuti. - Gambar hiasan
Ruhaiza Rusmin

Apabila Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan program 2 Tahun Universiti + 2 Tahun Industri (2U2i) bermula sesi pengajian tahun ini, ramai pihak menyambut baik langkah itu.

Program itu dilihat sebagai usaha berimpak tinggi bagi membantu siswa lebih berdaya saing, lebih praktikal dan berkemahiran serta mampu meningkatkan kebolehpasaran untuk menceburi dunia kerjaya.

Ia juga antara platform terbaik dan bersifat serampang dua mata kerana membantu siswa dan universiti memperkukuhkan hubungan dengan industri.

Siswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menjadi perintis program itu yang dijangka bermula September ini.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin berkata, 2U2i diharap mampu melahirkan siswa dan graduan lebih berkemahiran dalam industri dan mempunyai nilai tambah berkapasiti tinggi.

Beliau berkata, perkembangan pesat dunia pekerjaan menyaksikan permintaan industri terhadap guna tenaga kerja makin kompetitif dan bersifat dominan.

“Jika kita tidak mampu memenuhi kriteria industri, ia akan mewujudkan masalah penolakan majikan terhadap siswazah yang dilahirkan.

“Penolakan itu akan mencetuskan satu lagi masalah lebih besar iaitu pengangguran. Akhirnya ia akan dikembalikan semula kepada universiti yang dipersoalkan tanggungjawabnya untuk membendung masalah ini,” katanya.

Katanya, 2U2i yang bersifat Work Based Learning (belajar sambil bekerja) membolehkan penuntut belajar selama dua tahun di universiti, manakala dua dua tahun lagi menimba pengalaman dalam industri.

Usaha itu, katanya, antara yang terbaru dilakukan universiti bukan hanya bertujuan mencapai objektif pengenalannya, malah sebagai komitmen untuk memperkasa kerjasama bersama industri.

“Sejak sekian lama industri mempunyai garis panduan jelas ketika memilih sumber tenaga kerja. Mereka mahukan calon yang kompetitif bagi sesuatu jawatan ditawarkan.

“Masalahnya, kebanyakan bakal graduan kurang arif dengan kriteria itu atau tiada pengkhususan seperti dikehendaki industri.

“Kekurangan ini mencetuskan idea memperkenalkan 2U2i dengan harapan mampu memberi kelebihan kepada pelajar selain memahami apa yang diperlukan industri,” katanya.

Menurutnya, pengkhususan dalam 2U2i lebih bersifat khusus tertakluk pada jurusan diikuti pelajar.

“Pengkhususan dimaksudkan ialah kemahiran atau kepakaran dalam bidang diikuti. Apabila siswa menamatkan pengajian, mereka tahu lebih mendalam serta lebih fokus.

“2u2i lebih terarah ke situ. Dalam tempoh dua tahun bersama industri, mereka berupaya mendalami selok-belok jurusan diikuti,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mad Nasir berkata, 2U2i bukan baru perkara diperkenalkan kepada siswa, cuma kini diberi lebih penekanan bagi memenuhi masalah kritikal penawaran kerja dalam kalangan graduan.

“2U2i adalah kesinambungan daripada penekanan latihan industri yang diikuti siswa pada masa ini sebelum menamatkan pengajian.

“Bagaimanapun, latihan industri hanya mengambil masa singkat iaitu enam bulan tapi 2U2i dua tahun.

“Dalam tempoh itu, pelajar mampu belajar dan meneroka kepakaran lain dengan lebih mendalam,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh dua tahun latihan di industri tidak bermakna siswa tidak mengikuti elemen pembelajaran dan pengajaran di universiti.

“Kedua-dua elemen itu masih ada kerana mereka masih tertakluk sebagai siswa universiti.

“Cuma kelebihannya mereka dapat bersama industri dan belajar lebih banyak ilmu dalam industri.

“Yang lain masih sama seperti siswa lain yang tidak terbabit dengan 2U2i,” katanya.

Mengenai jurusan 2U2i yang tidak ditawarkan secara menyeluruh, beliau berkata, bukan semua boleh ditawarkan.

“Banyak faktor perlu diambil kira, antaranya keupayaan dan keperluan industri, tenaga pakar dan sebagainya.

“Namun, usaha tetap dilakukan secara berperingkat untuk memastikan siswa diterima industri bersandarkan kemahiran diperoleh sewaktu mengikuti 2U2i,” katanya.

Tahun ini, UPM dan UMK menawarkan program 2U21.

UMK menyasarkan penuntut menimba pengalaman keusahawanan bersama industri kecil dan sederhana (IKS) pada tahun ketiga manakala pada tahun empat fokus kepada menjalankan perniagaan sendiri.

UPM pula akan menempatkan penuntut Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dalam ekosistem perladangan pada dua tahun terakhir pengajian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 11:21 AM