Ben (dua dari kanan) ketika melancarkan Cadbury 5 Star, hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Ben (dua dari kanan) ketika melancarkan Cadbury 5 Star, hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan

Petaling Jaya: Mondelez International pengeluar konfeksi terbesar dunia melalui Mondelez Malaysia memperkenalkan bar coklat terbaharu Cadbury 5 Star hari ini.

Produk ini yang menggabungkan rasa dan tekstur dengan coklat lembut menjanjikan rasa enak bebola biskut rangup dan lapisan coklat susu serta karamel.

Menurut Pengarah Kategori Coklat Mondelez International Asia Tenggara, Ben Summons, coklat ini adalah inspirasi citarasa pengguna baru yang lebih menggemari produk makanan manis, rangup dan lembut dalam satu pek.

“€œCadbury 5 Star mencatatkan kejayaan memberangsangkan di negara-negara lain dan berdasarkan kajian yang dijalankan kami yakin ia bakal diterima baik di sini”€ katanya selepas majlis pelancaran.

Beliau menambah, usaha dan inovasi memperkembangkan pelbagai jenis produk dan perisa baru adalah penting dalam memantapkan lagi kedudukan Mondelez Malaysia dalam kategori coklat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 1:08 PM