KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. FOTO Syarafiq Abd Samad
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. FOTO Syarafiq Abd Samad
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bau: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak luluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan Pusat Budaya Bidayuh dan RM300,000 untuk sekolah rendah Chung Hua Bau.

Berita baik itu disampaikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, sebentar tadi.

"Perdana Menteri, Najib sampaikan pesanan ini kepada saya malam tadi. Walaupun beliau tidak dapat datang tetapi tetap bagi sesuatu untuk orang Bau...orang Bidayuh," katanya.

Pada majlis itu Adenan turut menyampaikan warta rizal komunal Bumiputera (Pertanian) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru kepada 11 kampung.

Hadir sama, Calon DUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep dan penyandangnya, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Peter Nansian Ngusie.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 1:23 PM