Topik ciplak bukan lagi perkara asing dalam arena hiburan K-Pop.

Kali ini, kumpulan SEVENTEEN pula dikritik berikutan video klip mereka dikatakan terlalu mirip dengan video klip BTS.

Walaupun hal tiru-meniru sudah menjadi kebiasaan dan ramai tahu ia berlaku, video klip SEVENTEEN nyata mengejutkan.

Difahamkan, setiap babak dalam klip video berkenaan selepas dibandingkan dengan klip video milik BTS memang terlalu banyak persamaan.

Antaranya babak berlari, menyusuri jambatan, percikan bunga api dan beberapa lagi sangat serupa.

Ia membuatkan ada pihak menuntut pengarah kepada dua video klip berkenaan tampil memberi justifikasi mengenai persamaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:01 AM