Ular sawa yang ditemui di kaki lima kelas SK Pasir Pekan ditangkap anggota JPAM Tumpat. FOTO Faris Zainuldin
Ular sawa yang ditemui di kaki lima kelas SK Pasir Pekan ditangkap anggota JPAM Tumpat. FOTO Faris Zainuldin
Mohamad Zulhairie Manzaidi

Tumpat: Ular sawa batik seberat 30 kilogram ditemui di kaki lima kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Pekan, di sini, pagi tadi oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah itu, Che Zaharah Husain berkata, ketika itu, pengawal terbabit yang bertugas sejak tengah malam melalui kawasan berkenaan untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh kira-kira jam 6 pagi.

"Pengawal itu dalam perjalanan ke surau dan melihat seekor ular sawa batik sedang berlingkar dan segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan.

“Ular itu ditangkap anggota JPAM katanya di sini, hari ini.

Zaharah berkata, ia kejadian pertama berlaku dan mungkin ular itu melalui longkang di hadapan sekolah kerana mahu mencari tempat yang sejuk dan lembap kerana cuaca yang panas sekarang.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Tumpat, Mohd Shahiran Mohd Asri berkata, ular itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (PERHILITAN) negeri ini.

"Kami menerima panggilan kira-kira 6.11 pagi dan ke tempat kejadian dengan kekuatan kira-kira lima anggota," katanya

Keterangan dalam gambar:

Tamat

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 2:50 PM