SEKUMPULAN doktor yang menunjuk perasaan.
SEKUMPULAN doktor yang menunjuk perasaan.

Ribuan doktor melancarkan mogok di hospital di sekitar England, tindakan menyeluruh seumpama itu yang pertama kali berlaku dalam sejarah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain.

Mogok berkenaan yang diadakan selama dua hari juga kali pertama membabitkan unit rawatan kecemasan seperti kemalangan dan bersalin.

Ia kesan daripada kegagalan mencapai kata sepakat antara kerajaan dan doktor muda - ahli perubatan yang mempunyai pengalaman sehingga 10 tahun.

Mereka menuntut kerajaan mengkaji semula gaji dan suasana bekerja.

Mogok itu bagaimanapun tidak melibatkan doktor senior dan jururawat.

Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada ugutan doktor terbabit. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 6:42 AM