Mohd Ali meninggal dunia 4.20 pagi tadi. FOTO arkib NSTP
Mohd Ali meninggal dunia 4.20 pagi tadi. FOTO arkib NSTP
Garret Dawum

Kuala Lumpur: Bekas Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum, 65, meninggal dunia di Hospital Kajang 4.20 pagi tadi, akibat pendarahan di kepala.

Jenazah Mohd Ali dibawa pulang ke kediamannya di 1962B, Jalan Sentosa Kg Teras Jernang, Bangi dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Kajang selepas solat Zuhur hari ini.

Mohd Ali dilantik menjadi Presiden Angkasa berkuatkuasa Oktober 2009 dan melepaskan jawatan tersebut pada Jun 2013.

Allahyarham yang juga ahli akademik terkemuka dan dihormati yang sentiasa mahu membantu rakyat Malaysia mencapai tahap sosio-ekonomi lebih unggul meninggalkan seorang balu, Datin Hani Harun, 60, dan 10 anak serta 23 cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 12:59 PM