Shamran Sarahan

Kuching: Sarawak akan cuti umum 22 Julai ini.

Khabar gembira itu diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang menjelaskan ia untuk memperingati tarikh kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British, 22 Julai 1963.

“Kira-kira 50 tahun lalu Sarawak bebas daripada penjajahan Inggeris. Peristiwa bersejarah itu menyaksikan pengiktirafan yang diberikan Kerajaan British ke atas Sarawak sebagai negeri merdeka.

"Hari ini, kita (rakyat Sarawak) menempah sejarah mengisytiharkan tarikh 22 Julai sebagai Hari Sarawak, hari yang penting bagi mengingati pejuang kemerdekaan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Sejiwa Senada Bahagian Kuching di sini, hari ini.

Pada 22 Julai 1963, Sarawak mencapai kemerdekaan selepas diisytiharkan koloni British yang ditandai dengan pelantikan Ketua Menteri pertama Sarawak, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 12:35 PM