Anggota polis mengangkat mayat wanita ibu dan anaknya yang mati dibunuh di sebuah rumah di Rawang Perdana. - Foto Fail.
Anggota polis mengangkat mayat wanita ibu dan anaknya yang mati dibunuh di sebuah rumah di Rawang Perdana. - Foto Fail.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Cemburu isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pemandu lori membunuh isterinya itu serta bayi mereka dalam kejadian di Taman Rawang Perdana 2, Rawang, pada 14 April lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, suspek dipercayai membunuh isteri dan anak perempuannya selepas mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Motifnya sudah jelas dan suspek akan didakwa minggu depan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Suspek kini direman bermula 15 April hingga Rabu ini dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Wanita berusia 34 tahun itu dan bayinya yang berusia tujuh bulan ditemui mati di rumah mereka kira-kira 10 pagi. Mangsa ditemui terbaring di tepi katil manakala bayinya di atas katil dalam sebuah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 6:32 PM