CHEN (kanan) memperkenalkan peranti perakam video pintar untuk aktiviti berbasikal yang dikenali sebagai Xplova X5. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
CHEN (kanan) memperkenalkan peranti perakam video pintar untuk aktiviti berbasikal yang dikenali sebagai Xplova X5. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
PERANTI perakam video pintar Xplova X5. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli

Hafiz Ithnin

New York City (Amerika Syarikat): Acer Corp (Acer) memperkenalkan buat kali pertama produk dalam segmen baru iaitu peranti perakam video pintar untuk aktiviti berbasikal yang dikenali sebagai Xplova X5 pada acara tahunan next@acer di sini, awal pagi tadi.

Xplova X5 berfungsi sebagai peranti perakam yang mempunyai tempoh ketahanan bateri selama 16 jam dan turut mempunyai ciri lain seperti mengesan kedudukan rakan berbasikal, merekod prestasi kayuhan serta tahap tekanan jantung penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Chen turut memperkenalkan lebih 10 produk baru untuk pelbagai segmen penggunaan antaranya peranti untuk berbasikal, komersial, komputer peribadi, telefon pintar, perkakasan permainan video dan pelbagai aksesori pintar.

Antara produk lain yang diperkenalkan termasuk telefon pintar, Liquid Zest Plus; tablet untuk keluarga, grandPad; laptop komersial, Cromebook 14; dan peranti boleh pakai, Liquid Leap Fit.

Barisan produk ini akan memasuki pasaran seluruh dunia secara berperingkat sepanjang 2016 dan masih belum dimuktamadkan tempoh masa kemasukkannya atau harga jualan di pasaran Malaysia pada masa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 9:42 AM