Oleh Dr Adilah Ahmat

Saya berusia 23 tahun dan baru-baru ini ada mengambil suplemen untuk membesarkan payudara. Masalahnya, kini haid saya lewat sebulan dan saya masih belum berkahwin.

Adakah pengambilan ­suplemen itu boleh menggang­gu kitaran haid saya sebab sebelum ini kitaran haid saya normal. Saya juga ingin tahu, adakah pengambilan suplemen yang mengandungi herba untuk pembesaran payudara selamat diamalkan?

Nur,

Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur

Berhati-hati dengan produk di pasaran. ­Kadangkala ia berlindung di bawah istilah herba untuk memberi gambaran bahawa ia selamat terutama jika dos bahan di dalamnya tidak tetap atau tidak diketahui.

Begitu juga dengan ubat perubatan moden. ­Sekiranya seseorang mengambil dalam dos berlebihan, ia boleh memberikan kesan sampingan. Itu sebabnya mengambil ubat moden pun memerlukan penilaian atau pengawasan doktor.

Terdapat jenis makanan dan tumbuhan yang juga mempunyai kesan menyerupai hormon estrogen. Kita tahu hormon estrogen ­bertanggungjawab dalam pembesaran payudara. Hormon estrogen secara alami ada dikeluarkan oleh ovari, tetapi aktivitinya dikawal oleh ­hormon progesteron yang juga dihasilkan oleh ovari.

Masalah berlaku apabila hormon estrogen diambil berlebihan, kerana kajian melaporkan pendedahan hormon estrogen berterusan juga boleh memberi risiko kanser payudara dan kanser rahim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:00 AM