Asrama pekerja asing di Taman Gaya, Pelangi Indah, Johor Bahru, tempat seorang warga Myanmar mati ditikam pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca
Asrama pekerja asing di Taman Gaya, Pelangi Indah, Johor Bahru, tempat seorang warga Myanmar mati ditikam pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca
BERNAMA

Johor Bahru: Seorang lelaki Myanmar maut disyaki ditikam di perut hingga terkeluar usus oleh rakan senegara di sebuah asrama pekerja di Taman Gaya, Pelangi Indah, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, Ye Naing Tun, 24, mati di tempat kejadian akibat ditikam dengan pisau berukuran kira-kira 16 sentimemer.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-pukul 7.30 pagi dan mangsa, pekerja sebuah restoran, minum bersama rakan-rakan sekerja sebelum kejadian.

Sulaiman berkata, polis percaya kejadian disebabkan mabuk berdasarkan penemuan botol dan tin minuman keras berhampiran mayat mangsa dan percaya berlaku pertelingkahan antara mereka menyebabkan mangsa ditikam.

Ketika ditemui, polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan ada kesan darah di perut serta terkeluar usus.

Polis juga menemui sebilah pisau yang masih mempunyai kesan darah di luar bilik asrama dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Berikutan itu, polis menahan empat lelaki Myanmar berumur antara 21 hingga 34 tahun yang tinggal satu asrama dengan

mangsa bagi membantu siasatan .

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 10:47 PM