NAJIB ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Pemuda. FOTO Fariz Iswadi Ismail
NAJIB ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Pemuda. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin dan ahli parti supaya istiqamah dan konsisten dalam menegakkan perjuangan parti.

Beliau berkata, setiap ahli parti boleh menegur pemimpin dan memberi pandangan masing-masing tetapi tidak boleh melakukan sesuatu yang di luar batasan perlembagaan dan tatasusila parti.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata, beliau hanya menghormati individu yang mempunyai prinsip.

"Sebab apa yang kita buat di luar (parti) akan merosakkan parti, ingat kalau parti masih kekal perjuangan boleh diteruskan.

"Pemimpin datang dan pergi tak jadi masalah tetapi parti kita mesti dipertahankan. Itu kata-kata hikmat yang perlu dipegang,"katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Pemuda di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Penanung Luar Kelab Sahabat Najib Razak (N87); Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab Sahabat N87, Datuk Suleiman Mohamad.

Kira-kira 1,000 ahli kelab hadir pada majlis berkenaan.

Najib berkata, usaha untuk menjaga parti adalah sangat penting bagi generasi akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 6:57 PM