Ahmad Zahid bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) dan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong (depan) menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek RTB Teluk Intan. FOTO Supian Ahmad
Ahmad Zahid bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong (depan) menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek RTB Teluk Intan. FOTO Supian Ahmad
Mohd Hafizee Mohd Arop

Teluk Intan: Kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk mencegah hakisan sungai dengan melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika langkah segera tidak diambil, ia akan menyebabkan 20 peratus daripada kawasan terutamanya lembangan sungai akan ditenggelami air dalam tempoh 70 tahun lagi.

Katanya, rakyat harus menilai projek ini daripada aspek keseluruhan iaitu untuk kepentingan jangka masa panjang dan tidak melihatnya dari aspek perniagaan.

"Ia adalah masalah yang tidak dapat dielakkan kerana pemanasan global di mana paras air dijangka akan naik akibat cairan glasier

"Apabila berlaku cairan glasier ini akan menyebabkan paras air laut dan sungai meningkat sekaligus menyebabkan hakisan dan peningkatan paras yang memerlukan projek RTB ini dilaksanakan sebagai langkah jangka panjang," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Projek RTB Teluk Intan di Kampung Terengganu, di sini, pagi tadi.

Kerajaan memperuntukkan RM75 juta untuk fasa pertama RTB Teluk Intan bagi mengatasi masalah banjir yang membabitkan 15,000 penduduk di kawasan itu.

Ahmad Zahid berkata, walaupun kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan sehingga RM9 bilion tahun ini, kerajaan akan tetap memastikan kesejahteraan rakyat terjaga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 1:01 PM