KOLEKSI berlian Habib sempena Pesta Berlian Habib 2016.
KOLEKSI berlian Habib sempena Pesta Berlian Habib 2016.
MEER Habib (tengah) bersama barisan model pada majlis pelancaran.
MEER Habib (tengah) bersama barisan model pada majlis pelancaran.
Siti Zarinah Sahib

Bertujuan memberi pengetahuan mendalam kepada rakyat Malaysia mengenai keindahan berlian dan kelebihannya, tahun ini Pesta Berlian Habib diadakan bertemakan kisah fantasi sama seperti tahun lalu.

Pada setiap tahun tema dilangsungkan mempunyai konsep berbeza namun memberi maksud sama dalam mendalami kisah cinta bersama kilauan berlian.

Sejak dulu Habib sentiasa memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada pelanggan, justeru kali ini pelanggan Habib dijemput mengilhamkan legenda mereka sepanjang promosi pesta terbabit. Sepanjang acara ini pelanggan Habib berpeluang mendapatkan berlian terhebat pada harga menakjubkan.

Konsep kempen ini inspirasi daripada watak kisah dongeng terkenal Snow White, Sleeping Beauty dan Elsa dengan visual yang menggambarkan puteri cantik dihiasi barang kemas berlian Habib.

Menurut Pengarah Urusan Habib Datuk Seri Meer Habib, pesta berkenaan satu daripada kempen terbesar Habib bagi berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan dengan pelanggan.

“Kali ini kami menyambung kesinambungan kisah cinta fantasi yang dijalankan tahun lalu. Bagi memberikan memori indah pelanggan boleh mengilhamkan legenda mereka dengan memiliki koleksi berlian sepanjang April dan merealisasikan impian setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan berterusan dalam perhubungan,” katanya.

Kempen yang berlangsung bermula 1 hingga 30 April ini me­nyediakan pelbagai koleksi berlian terbaru di semua bilik pameran selain menjalankan promosi koleksi berlian dan batu permata untuk penggemar koleksi berliannya.

Himpunan kali ini juga menampilkan koleksi potongan terbaik di dunia, Hearts on Fire yang diedarkan secara eksklusif di bilik pameran Habib terpilih. Acara pembukaan diadakan di ruang legar Suria KLCC bermula 1 hingga 10 April ini dengan memperkenalkan koleksi terbesar Habib di sana.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 5:00 AM