Anggota bomba memeriksa keadaan lelaki yang terkena renjatan elektrik. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memeriksa keadaan lelaki yang terkena renjatan elektrik. FOTO ihsan bomba
Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja memasang kipas pengudaraan di kilang di Persiaran Kilang, Taman Pertama, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, lelaki berusia 49 tahun itu tidak sedarkan diri sebaik terkena renjatan dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 12.33 tengah hari.

"Terdapat seorang mangsa yang disyaki terkena renjatan elektrik ketika melakukan pemasangan kipas pengudaraan di sebuah kilang

"Mangsa melakukan kerja di atas perancah besi dan membawa peralatan mengimpal serta didapati tidak sedarkan diri diatas perancah terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa turun oleh pekerja kilang dengan menggunakan forklift sebelum disahkan meninggal dunia pihak hospital yang tiba dilokasi kejadian.

"Anggota membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian dan menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan ll Ariff Saidin itu tamat pada 1.46 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 5:15 PM